Sempoi Kongsi Makan Ulat Mulong Dan Laksa Sarawak, Duta Besar Jepun Raih Perhatian Netizen

4 Apr 2023 • 3:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terbaiklah!

Sempoi Kongsi Makan Ulat Mulong Dan Laksa Sarawak, Duta Besar Jepun Raih Perhatian Netizen. Duta Besar Jepun, Takahashi Katsuhiko hari ini tiba ke Kuching bagi menyempurnakan majlis perasmian Chitose Carbon Capture Sarawak.

Kedatangannya itu disambut baik oleh Premier Sarawak, iaitu YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

image is not available
Sempoi Kongsi Makan Ulat Mulong Dan Laksa Sarawak, Duta Besar Jepun Raih Perhatian Netizen. Kredit: Twitter

Sempat jamu beberapa hidangan autentik Sarawak!

Sebelum ke Kuching, beliau sempat ke Bintulu atas urusan kerja semalam.

Menariknya, beliau sempat ‘menjamah’ beberapa hidangan tradisional semasa di Bintulu antaranya umai, midin dan ulat mulong atau lebih dikenali sebagai ulat sagu.

image is not available

Menerusi perkongsian itu, beliau sangat menikmati hidangan sayur midin dan umai. Untuk hidangan ulat mulong pula, beliau hanya menjamahnya setelah dimasak.

“Live ones were too difficult for me…

Baginya, sukar untuk menelan ulat tersebut dengan mentah dan masih bergerak-gerak.

image is not available

Pagi ini, beliau memuat naik satu lagi perkongsian di mana beliau menikmati hidangan laksa Sarawak di Kuching sebelum berangkat bertemu dengan Premier Sarawak.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved