Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak kira jauh atau dekat, bercuti merupakan antara aktiviti wajib yang perlu dilakukan setiap tahun bersama keluarga.
Namun bagi sesetengah individu, kesibukan kerja dan masa yang terhad kadangkala menjadi halangan untuk melakukan perkara menyeronokkan ini.
Buat anda yang mahu bercuti tetapi tidak mahu pergi jauh meninggal kota, Hilton Shah Alam Glenmarie patut jadi destinasi pilihan.
Hilton Shah Alam Glenmarie Terletak Di Lokasi Strategik, Berhampiran Lebuh Raya Utama
Baru-baru ini, kami berpeluang menikmati percutian singkat selama tiga hari dua malam (3H2M) di Hilton Shah Alam Glenmarie pada 11 sehingga 13 September lalu.
Bagi penulis yang hidup agak ‘sibuk’ ditambah pula dengan menguruskan dua cahaya mata tersayang, peluang nak bercuti jauh-jauh tidak sentiasa ada.
Jadi, percutian singkat di Hilton Shah Alam Glenmarie sudah cukup bagi penulis untuk lari dari rutin harian.
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-2.jpg)
Manakan tidak, lokasi hotel ala resort ini yang terletak berhampiran Lebuh Raya Persekutuan serta akses utama Lebuh Raya ELITE memudahkan pengunjung sekaligus membolehkan penulis mengambil masa yang singkat untuk sampai ke destinasi.
Lokasinya juga amat strategik iaitu terletak hanya 21 kilometer (km) dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan 10 km dari Shah Alam.
Malah, ia juga berhampiran dengan beberapa tarikan popular di Selangor antaranya seperti Taman Tema Sunway Lagoon (9km), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz (9.8km), i-City Shah Alam (14.2km) serta Lapangan Terbang Subang (9km).
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-4.jpg)
Penuh Kehijauan, Hilton Shah Alam Glenmarie Ibarat Bercuti Di Luar Kawasan Kota
Di saat kami mula melangkah masuk ke kawasan hotel, suasana Hilton Shah Alam Glenmarie betul-betul membuatkan kami terpesona.
Ini kerana suasananya dikelilingi dengan padang golf yang penuh dengan kehijauan membuatkan kami tak terasa seperti berada di bandar. Feel dia seperti sedang bercuti di tempat lain, sungguh menenangkan!
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-18.jpg)
Kawasan Persekitaran Mesra Pengguna, Mudahkan Pergerakan Khususnya Insan Istimewa
Bagi penulis, antara perkara yang bestnya Hilton Shah Alam Glenmarie ini, kawasan parkirnya amat luas dan yang pastinya percuma!
Jadi, korang tak perlu risau tentang parkir! Nak balik lambat pun boleh kerana parkir sentiasa ada.
Bukan itu sahaja, turut terdapat perkhidmatan buggy yang memudahkan pengunjung untuk bergerak atau membawa barangan dari kereta.
Jika anda mempunyai barang atau bagasi yang terlalu banyak, anda boleh sahaja meminta bantuan dari staf hotel malah mereka siap boleh menghantarkan beg atau barangan terus ke bilik.
Sepanjang pemerhatian penulis, kemudahan di hotel ini juga mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu bapa yang ada anak kecil.
Dari parkir sehingga ke bilik hotel, terdapat ramp yang memudahkan pergerakan golongan istimewa dan ibu bapa yang perlu menggunakan kereta sorong (stroller) untuk bergerak ke mana-mana.
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-5.jpg)
Pengunjung Boleh Guna Kemudahan Di Glenmarie Golf & Country Club, Tak Perlu Cari Hiburan Di Luar
Bagi percutian kali ini, kami menginap di bilik jenis Family Room yang dilengkapi satu katil jenis King dan katil Single.
Seperti kebanyakan hotel lain, Hilton Shah Alam Glenmarie turut menyediakan barang kelengkapan asas seperti tuala, peralatan mandian malah ia siap dengan mesin kopi bagi bilik jenis Family Room ini.
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-7.jpg)
Bagi anda yang mempunyai anak kecil, jangan lupa untuk meminta babycot.
Penulis turut meminta pihak hotel untuk menyediakan babycot memandangkan penulis mempunyai anak kecil yang berusia sembilan bulan.
Menariknya, tiada caj tambahan yang dikenakan atas permintaan tersebut.
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-6.jpg)
Selain kawasan serta pemandangan sekelilingnya yang mempesona dan menenangkan, perkara lain yang menariknya tentang Hilton Shah Alam Glenmarie adalah banyak fasiliti atau rekreasi yang boleh dinikmati.
Malah, siapa sahaja yang menginap di Hilton Shah Alam Glenmarie juga boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di Glenmarie Golf and Country Club, menarikkan?
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-10.jpg)
Anda nak main golf? Nak bersenam di gim yang beroperasi 24 jam? Nak feeling jadi atlet dengan berenang di kolam renang bersaiz olimpik, nak main tenis atau squash di gelanggang sebenar? Mahu berkaroke? Semuanya ada!
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-8.jpg)
Cuma ada di antara perkhidmatan ini yang dikenakan caj yang bermula RM11 istimewa buat penginap Hilton Shah Alam Glenmarie namun ada juga yang percuma!
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-9.jpg)
Hilton Shah Alam Glenmarie Sedia 3 Kolam Renang, Dewasa Ada Untuk Kanak-Kanak Pun Ada
Buat ibu bapa yang ada anak kecil tetapi tak mahu berjalan jauh, anda boleh sahaja menghabiskan masa di tiga kolam renang yang didatangi dengan gelongsor dan jakuzi.
Punya bestnya kolam di Hilton Shah Alam Glenmarie sampaikan anak penulis tak mahu naik ke atas.
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-11.jpg)
Penulis pun santai menungggu si kecil dan suami bermain di tempat duduk yang disediakan sambil menikmati pemandangan berlatar belakangkan kehijauan.
Kalau tidak mahu bawa anak mandi pun, terdapat juga permainan lain yang turut disediakan berhampiran kolam tersebut.
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-12.jpg)
Pendek kata, korang tak perlu keluar pun dari hotel kalau mahu berhibur.
Ini kerana kemudahan yang ada di Hilton Shah Alam Glenmarie dah cukup untuk korang habiskan masa tanpa perlu keluar ke mana-mana.
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-13.jpg)
Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Pelbagai Sajian, Dari Sajian Tempatan Ke Antarabangsa
Walaupun korang tengah bercuti, perut pun mesti kena jaga jugakan? Kadangkala nak keluar mencari makan pun rasa malas.
Tetapi di Hilton Shah Alam Glenmarie, anda tak perlu risau kerana hotel ini menyediakan pelbagai jenis hidangan dari tempatan sehingga ke antarabangsa.
Cakap je nak makan apa? Makanan tradisi tempatan? Western? Jepun? Semuanya ada di Hilton Shah Alam Glenmarie.
Malah, terdapat lebih dari tiga restoran yang ada dalam Hilton Shah Alam Glenmarie membolehkan anda membuat pelbagai pilihan mengikut citarasa sendiri.
Antaranya seperti Furin Japanese Restaurant, Restoran Gingerfire, Glen Lounge, Garden Terrace Restaurant dan Pine Cafe.
Malam pertama kami menginap di hotel ini, kami berpeluang menikmati hidangan Jepun dari Restoran Furin.
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie.jpg)
Memang sedap hidangan Teppayanki Chicken Set dan Special Furin Bento membuatkan penulis teringat-teringat keenakkan hidangan tersebut sampai sekarang.
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-15.jpg)
Pada malam kedua pula, kami berpeluang menikmati hidangan buffet di Restoran Gingerfire yang terletak bersebelahan kolam renang.
Pelbagai pilihan makanan dari hidangan tempatan ke antarabangsa yang ditawarkan antaranya seperti ambuyat, chapati, nachos, bakso dan sebagainya sampai penulis sendiri pening mahu membuat pilihan.
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-16.jpg)
Malah, buffet sarapan pagi di restoran ini juga bagi penulis lain dari yang lain.
Selain hidangan tempatan seperti nasi lemak, English Breakfast, korang boleh makan roti canai dengan vibe seperti di restoran mamak.
Manakan tidak, ada staf yang akan menebar dan membuat roti canai atau tosai sebaik anda membuat pesanan.
Bukan itu sahaja, ada stesen salad yang membolehkan korang ‘petik’ sendiri salad berkenaan mengikut pilihan dan selera masing-masing.
Pendek kata, semua makanan yang kami nikmati di Hilton Shah Alam Glenmarie semuanya sedap dan menepati citarasa
![Image from: [Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Hilton-Shah-Alam-Glenmarie-17.jpg)
Menarikkan?
Jika ditanya sama ada kami mahu kembali bercuti di Hilton Shah Alam Glenmarie, penulis tidak teragak-agak untuk katakan ya!
Rate: 8/10
Info Tentang Hilton Shah Alam Glenmarie
Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang Hilton Shah Alam Glenmarie seperti kadar bilik, kemudahan disediakan atau apa sahaja, anda boleh layari laman web rasmi mereka di sini.
Baca Artikel Berkaitan:
Tak Perlu Travel Jauh! Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Percutian Ala Resort Di Tengah Kota






