[Review] ‘Set Bertemu Rasa’ The Chicken Rice Shop, Cukup Untuk Berbuka Bersama Keluarga Kecil

FoodSales & Promo
10 Mar 2026 • 4:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setelah seharian berpuasa di bulan Ramadan ini, kadangkala terasa penat betul nak memasak dan menyediakan hidangan untuk berbuka kan? Lebih-lebih lagi golongan ibu yang penat bekerja, lebih mudah kalau terus ke restoran bagi menikmati juadah berbuka puasa.

Pada kali ini, kami telah memilih untuk berbuka puasa di The Chicken Rice Shop (TCRS) yang terkenal dengan nasi ayam kegeraman masyarakat Malaysia.

Bersempena Tahun Baru Cina, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, TCRS memperkenalkan Set Bertemu Rasa yang menggabungkan pelbagai rasa dalam satu set.

Set berharga RM59.90 ini sesuai dinikmati oleh 2 pax dan merangkumi:

  • Ayam Bakar Oh-Semm (suku ayam)
  • Hidangan ayam (Pilihan Roast/ Steamed/ Soy Sauce)
  • Tauhu Temu Rasa
  • Nyonya Pai Tee
  • Dua (2) Rainbow Delight
  • Dua (2) nasi
  • Dua (2) sup
  • Dua (2) minuman

Dengan memesan set ini, anda dapat menikmati banyak penjimatan berbanding memesan satu-satu hidangan yang disertakan di atas.

Review Set Bertemu Rasa TCRS

Jika anda tidak pernah berkunjung ke TCRS, nasi ayam yang menjadi kegemaran ramai ini sememangnya mempunyai aroma yang wangi serta rasa berlemak. Dimakan pula bersama sup yang hangat, suapan pertama memang membuka selera.

Bagi sesi berbuka kali ini, kami telah memilih hidangan ayam kukus (Steamed Chicken) bersama hidangan Ayam Bakar Oh-Semm. Ayam kukus menjadi pilihan kami setiap kali ke sana kerana ia mengingatkan kami kepada nasi ayam Hainan. Tetapi jika anda kurang gemarkan tekstur ayam yang lembut (atau lembik), lebih sesuai pilih ayam panggang.

image is not available
Foto: BuzzKini/ Sharifah

Selain itu, Ayam Bakar Oh-Semm pula sesuai dinikmati bagi mereka yang menginginkan rasa yang lebih ‘kuat’. Ayam bakar yang mempunyai rasa ‘smoky’ ini dan diperah pula dengan limau sedap dinikmati bersama sambal yang ‘kick’ dengan sedikit rasa pedas.

Satu lagi hidangan klasik TCRS ialah Nyonya Pai Tee. Kulit pastri nipis dan rangup serta dipenuhi dengan sayur-sayuran yang menjadi kegemaran pencinta sayur. Sayurnya juga terasa segar dan rangup. Kalau ke TCRS, ini antara menu wajib ya!

Bagi minuman pula, kami telah memilih minuman Mirinda Strawberry demi melegakan tekak di bulan puasa. Namun orang ramai boleh membuat sedikit bayaran tambahan untuk memesan minuman lain termasuk minuman panas.

image is not available
Foto: BuzzKini/ Sharifah

Hidangan Tauhu Temu Rasa Mengingatkan Kami Pada Yee Sang

TCRS membawa kelainan dalam Set Bertemu Rasa dengan memperkenalkan Tauhu Temu Rasa, iaitu hidangan tauhu bakar.

Tauhu yang rangup di luar dan lembut di dalam, sengkuang, lobak dan timun dihiris nipis, dicicah pula bersama sos kacang yang cukup masam, masin dan manis, sekali gus memberikan rasa yang seimbang. Memang tak henti mengunyah!

Hidangan tauhu itu turut ditambah dengan keropok rangup, sekali gus mengingatkan kami kepada hidangan yee sang yang biasa dinikmati ketika perayaan Tahun Baru Cina.

Walaupun Set Bertemu Rasa ini disediakan bagi 2 pax, namun bagi kami sekeluarga lauknya memang banyak. Cukup untuk makan bertiga dan cuma perlu pesan nasi extra.

Secara keseluruhannya kami beri 8.5/10 untuk Set Bertemu Rasa ini. Bukan sahaja berbaloi dengan pelbagai hidangan, tetapi rasanya juga cukup sempurna. Memang kenyang sampai ke sahur.

Terima Sampul Raya TCRS Percuma Dengan Setiap Set Bertemu Rasa

Bukan itu sahaja. Semalam (9 Mac), TCRS mengumumkan bahawa pelanggan yang memesan Set Bertemu Rasa akan menerima satu pek sampul raya secara percuma.

Memang lebih berbaloi dan jimat jika memesan Set Bertemu Rasa ni!

View this post on Instagram

A post shared by The Chicken Rice Shop (@thechickenriceshop)