[REVIEW] Zul Ariffin Pun Sumbang VO! Perkenalkan GOAT, Filem Animasi Yang Patut Korang Tonton

EntertainmentSports
19 Mar 2026 • 4:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kalau anda tengah cari filem yang boleh ditonton secara santai tanpa perlu berfikir terlalu berat, animasi GOAT memang boleh jadi salah satu pilihan yang sesuai. 

Memandangkan sekarang tengah cuti sekolah dan cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri, filem ini juga sesuai ditonton bersama keluarga dan anak kecil kerana ia boleh dinikmati oleh semua peringkat umur.

Filem animasi ini membawa penonton ke dunia haiwan yang hidup macam manusia dan bersaing dalam sukan kompetitif yang dinamakan ‘roarball’.

Menariknya, filem animasi ini hadir dengan sentuhan daripada bintang NBA terkenal, Stephen Curry, yang terlibat sebagai penerbit. Jadi tidak hairanlah jika elemen sukan dalam cerita ini terasa hidup dan penuh semangat.

Namun begitu, bagi penonton Malaysia, ada satu perkara yang menjadikan filem ini lebih dekat di hati iaitu penglibatan pelakon terkenal tempatan, Zul Ariffin.

Untuk anda yang dah rasa tertarik nak tengok, GOAT mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Mac 2026.

Dan baru-baru ini team BuzzKini berpeluang menonton GOAT sewaktu tayangan perdana pada 17 Mac di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

image is not available

Sinopsis Filem GOAT

Bayangkan dunia di mana haiwan hidup macam manusia, ada kerja, ada impian, dan yang paling penting semangat terhadap sukan popular di dunia mereka iaitu ‘roarball’. Itu dunia GOAT! dan hero kita, seekor kambing kecil bernama Will yang dibawa aktor Amerika Syarikat (AS) Caleb McLaughlin, dah cuba buktikan yang saiz tak tentukan kejayaan.

Will ni bukan jenis yang semua orang expect nak jadi hero. Fizikal dia kecil, pengalaman sikit, dan selalu dipandang rendah oleh lawan-lawannya. Tapi Will ada satu benda besar iaitu semangat nak jadi yang terbaik! Dari kecil lagi dia target nak conquer dunia roarball walaupun semua orang nampak seperti kurang yakin dengan dia. 

Tapi bukan Will namanya kalau cepat mengalah. Dia belajar dari kesilapan, dapat sokongan daripada kawan-kawan yang kelakar dan supportive, dan mentor-mentor yang kadang-kadang tegas tapi bijak. Idolanya, Jett Fillmore, watak bawaan Gabrielle Union juga turut memberi sokongan kepada Will. Setiap langkah dia makin dekat dengan impian, dan kita sebagai penonton pun boleh rasa excited yang sama.

Ada ketika dia hampir berputus asa. Ada masa dia mula meragui kemampuan sendiri. Tetapi, melalui sokongan daripada individu di sekelilingnya dan keazaman yang tidak mudah luntur, dia perlahan-lahan bangkit semula.

Apa yang menarik, cerita ni bukan sekadar tentang menang atau kalah. Ia lebih kepada perjalanan seseorang dalam mencari keyakinan diri dan membuktikan bahawa setiap individu, tidak kira latar belakang atau kekurangan, tetap mempunyai peluang untuk berjaya.

image is not available

Jalan Cerita Ringan, Menghiburkan & Mudah Dihadam

Kalau nak cakap pasal overall feel, GOAT ni memang kategori easy watch.

Dari segi visual, GOAT tampil dengan animasi yang kemas dan berwarna-warni. Setiap babak perlawanan ‘roarball’ digambarkan dengan penuh tenaga, menjadikan pengalaman menonton lebih hidup dan menyeronokkan.

Kualiti animasi pula tak perlulah kami cerita panjang lebar, Hollywood kot! 

Jalan cerita pula straight forward, tak terlalu kompleks, jadi sesuai untuk tontonan santai. Walaupun nampak predictable, tapi cara dia deliver tu still sedap layan. Kadang-kadang kita memang tak perlukan cerita yang complicated pun.

Elemen humor juga diselitkan dengan baik. Tidak keterlaluan dan tidak memaksa, sekadar cukup untuk menceriakan suasana dan membuatkan penonton tersenyum sepanjang menonton.

image is not available

Zul Ariffin Bawa Nama Malaysia Ke Pentas Dunia

Kalau nak highlight yang paling membanggakan untuk penonton Malaysia, sudah tentu penglibatan Zul Ariffin.

Dalam filem GOAT, Zul Ariffin meminjamkan suaranya untuk watak Archie, salah satu karakter penting dalam cerita ini. Archie yang juga seekor badak bukanlah sekadar watak biasa sebaliknya dia berperanan sebagai mentor dan tokoh berpengaruh yang memberi inspirasi kepada Will.

Suara Zul Ariffin memang kena dengan karakternya. Suaranya yang deep, tegas, dan penuh karisma memberi impak yang lebih mendalam. Setiap dialog terasa bermakna dan memberi spotlight kepada karakter Archie.

Yang paling membanggakan adalah, Zul Ariffin menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjadi voice over (VO) dalam filem animasi Hollywood.

Bagi penonton tempatan, momen ini memang rasa lain macam. Bayangkan, suara seorang anak Malaysia muncul dalam filem animasi yang ditonton di seluruh dunia. Memang satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Mesej Yang Cuba Disampaikan Memang ‘Sampai’!

Secara keseluruhannya, GOAT adalah filem animasi yang santai, menyeronokkan, dan penuh inspirasi.

Mungkin ramai yang datang sebab nama Stephen Curry, tetapi bagi penonton Malaysia, tarikan utamanya sudah tentu Zul Ariffin yang berjaya membawa suara latar Archie ke pentas antarabangsa.

Secara keseluruhan, kami boleh rate 8.5/10 untuk filem GOAT ni!

Jika anda mahu tontonan ringan yang masih ada nilai inspirasi dan rasa bangga bila melihat bakat tempatan menembusi Hollywood, GOAT memang pilihan yang tepat.

Pergi tengok sekarang dekat pawagam berdekatan korang!

Untuk sementara tu jom layan trailer di bawah:

View Original Article