Rezeki ‘Baby March’, tiga anak kongsi tarikh lahir hampir sama

Family & ParentingLifestyle
13 Apr 2026 • 12:49 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Rezeki ‘Baby March’, tiga anak kongsi tarikh lahir hampir sama

KUALA LUMPUR – Setiap anak sememangnya membawa rezeki tersendiri, namun ada kalanya aturan kehidupan yang berlaku tanpa dirancang mampu mencuri perhatian apabila dilihat begitu tersusun dan unik.

Baru-baru ini, tular seorang pengguna Threads dikenali sebagai @izzetyfaizal berkongsi kisah mengenai tiga orang anaknya yang dilahirkan dalam bulan yang sama dengan tarikh yang hampir berturutan.

Menurutnya, anak-anaknya dilahirkan pada 25 Mac 2020, 27 Mac 2023 dan 26 Mac 2026, sekali gus menjadikan bulan Mac sebagai bulan yang cukup bermakna buat keluarganya.

Jelasnya, dia tidak merancang secara khusus tarikh kelahiran tersebut, sebaliknya hanya menetapkan jarak usia anak sekitar tiga tahun.

“Baby March. Kenyang makan kek tiga hari berturut. Saya tak merancang untuk tarikh itu, cuma rancang nak jarak umur anak tiga tahun. Alhamdulillah dapat, lain-lain semua perancangan daripada-Nya. Cantikkan,” katanya.

View on Threads

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang teruja melihat susunan tarikh lahir yang unik dalam keluarga berkenaan.

Akaun rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut berseloroh memandangkan tarikh kelahiran anak-anak tersebut hanya berselang satu hingga dua hari.

“Tiga hari tiga malam sambut hari lahir,” kataya. 

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sendiri apabila tarikh kelahiran anak hampir sama dengan ahli keluarga lain. -MYBERITA