Rezeki jalan ‘jammed’, kanak-kanak teruja terima duit raya berkepuk2!

16 Apr 2024 • 4:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
kanak-kanak teruja terima duit raya

Tidak dapat dinafikan, sambutan Hari Raya Aidilfitri bertambah meriah apabila ada yang berkongsi duit raya kepada setiap golongan tanpa mengira pangkat dan usia.

Kebiasaannya, kanak-kanak lah golongan yang paling gembira menerima duit raya selepas mengunjungi rumah sanak saudara serta jiran tetangga sehingga raih kutipan mencecah ratusan ringgit malah ada kalanya mencecah ribuan ringgit.

Pun begitu, berbeza pula dengan situasi yang dialami oleh sekumpulan kanak-kanak ini.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, sekumpulan kanak-kanak telah menerima duit raya daripada pengguna jalan raya ketika kesesakan lalu lintas.

Kanak-kanak teruja terima duit raya

@adindatudungsarung

niat nak wish selamat hari raya dan hati2 memandu buat semua. tp tak sangka dapat duit raya terima kasih kepada semua yg memberi. semoga awak semua dimurahkan rezeki. Aamiin #hariraya2024 #duitraya

♬ Shik Shak Shok – Hassan Abu El So’oud

Jelas pemilik video tersebut, sekumpulan kanak-kanak itu hanya berniat untuk mengucapkan selamat hari raya kepada pengguna jalan raya namun, tidak menyangka akan menerima wang sedekah daripada insan pemurah.

“Niat nak wish selamat hari raya dan hati-hati memandu buat semua. Tapi tak sangka dapat duit raya, terima kasih kepada semua yang memberi. Semoga awak semua dimurahkan rezeki. Aamiin,” ujarnya.

Kanak-kanak teruja terima duit raya

image is not available

image is not available

Rezeki budak-budak tu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap pemurah rakyat Malaysia yang tidak berkira dalam memberi sedekah demi meraikan sambutan hari raya bersama.

image is not available image is not available

Dulu kena pergi beraya baru dapat duit!

Malah, ada netizen yang mengimbau semula kenangan mereka ketika kecil dahulu yang sanggup berpanas berhari raya ke rumah jiran demi mengumpul duit raya.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @adindatudungsarung