Budak-budak Dapat Duit Raya ‘Drive Thru’ Daripada Orang Sangkut Jammed Lepas ‘Wish’ Hari Raya

Entertainment
16 Apr 2024 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rezeki tak salah alamat! Rasa jealous pun ada bila tengok dia orang ni! Sekumpulan kanak-kanak dapat kumpul duit raya dengan begitu banyak tanpa perlu beraya sakan dari rumah ke rumah.

Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ini kesesakan lalu lintas pada musim perayaan dilihat memang tak boleh bawa bincang, mereka yang tinggal di kawasan tertentu akan terkesan dengan lambakan kereta yang beratur di depan rumah.

Disebabkan itu, kanak-kanak ini dengan cerianya memberikan ucapan hari raya Aidilfitri buat pengguna jalan raya yang tersangkut dalam kesesakan itu.

Dek kerana terhibur dengan kanak-kanak ini, pemandu-pemandu yang dalam perjalanan telah memberikan duit raya kepada mereka. Lebih menyeronokkan lagi, hasil yang mereka peroleh sangat banyak! Tebal sampul duit yang kanak-kanak ni pegang.

@adindatudungsarung

niat nak wish selamat hari raya dan hati2 memandu buat semua. tp tak sangka dapat duit raya terima kasih kepada semua yg memberi. semoga awak semua dimurahkan rezeki. Aamiin #hariraya2024 #duitraya

♬ Shik Shak Shok – Hassan Abu El So’oud

Menurut pemilik video, dia sendiri terkejut apabila anak-anak kecil itu tiba-tiba masuk ke rumah dan memberitahunya mereka dapat duit raya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang cemburu apabila melihatnya, bahkan ada juga yang mendoakan kepada pemberi-pemberi wang tersebut agar dimurahkan rezeki.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Kenapa lah min tak terfikir buat macam ni masa kecil-kecil dulu.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.