“Rezeki ko bang” – Lelaki Terkejut Menang Cabutan Bertuah Jenama Baju Melayu, Dapat Nissan GT-R

Entertainment
5 Apr 2024 • 2:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Salah satu jenama baju melayu tempatan iaitu Bulan Bintang kini sedang menjalankan cabutan bertuah kepada semua pelanggannya. Pemenang juga berpeluang memenangi hadiah lumayan termasuklah kereta sport idaman ramai iaitu Nissan GT-R.

Kalau sebelum ini tular video seorang individu bertuah memenangi pakej umrah, kali ini seorang lelaki telah bertuah menjadi pemenang bagi kereta Nissan GT-R.

Rezeki menang Nissan GT-R

Berbeza dengan pemenang hadiah yang lain, sesiapa yang bertuah mendapat ‘Golden Ticket’ sahaja yang layak untuk memenangi kereta tersebut.

Perkongsian video oleh @nadzrulabdullah di TikTok menunjukkan dirinya sedang mencuba nasib sama seperti pembeli produk jenama Bulan Bintang namun bertuahnya Nadzrul ini kerana dia telah mendapat ‘Golden Ticket’.

Selepas Nadzrul berjaya mendapat tiket istimewa tersebut, dia berasa gementar sambil menunggu paparan hadiah yang dimenangi. Rezeki buat Nadzrul dia berjaya mendapat hadiah kereta Nissan GT-R jenis R35. Rakan sepejabat yang lain turut menyambut kemenangan Nadzrul.

@nadzrulabdullah

ahamdulluh @meri yang busy @hausboomhq #terpaling raya @alhaf1210

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Perlu dapatkan ‘Golden Ticket’ lain?

Pun begitu, hantaran oleh @hausboom di Instagram, mereka telah menjelaskan syarat untuk memenangi hadiah kereta tersebut.

Tidak hanya mendapat ‘Golden Ticket’ daripada jenama baju melayu Bulan Bintang, bakal pemenang juga perlu bertuah mendapat satu lagi ‘Golden Ticket’ selepas membeli jenama minuman popular iaitu Hausboom.

1 Hausboom ‘Golden Ticket’ + 1 Bulan Bintang ‘Golden Ticket’.. Boleh menang NISSAN GTR 35.

Bagaimanapun, menerusi video lain di TikTok, Nadzrul ada memuat naik ‘Golden Ticket’ Hausboom yang dimenangi olehnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAUSBOOM HQ OFFICIAL (@hausboom)

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Nadzrul. Ada yang bergurau dengan Nadzrul mengatakan diri mereka adalah kawan Nadzrul sewaktu kecil.

image is not available image is not available

Selain itu, ada netizen lain berkata Nadzrul merupakan pemenang untuk hadiah Nissan GT-R tersebut.

image is not available

Rezeki kau bang.. Alhamdulillah!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.