“Rezeki Orang Jangan Usik” – Bagi Ayat Kiasan Kepada Penjual Air Balang Terlebih Manis, Dr Rafidah Sekali Lagi Dikritik

7 Apr 2023 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika sebelum ini mendapat kritikan kerana memberi teguran kepada masakan pempegaruh terkenal, Khairul Aming, kali ini sekali lagi nama Dr Rafidah menjadi bualan warganet di Twitter.

Terbaharu, Dr Rafidah ada membalas tweet seorang pengguna Twitter mengenai jualan minuman berperisa dalam akuarium yang dijual di bazar Ramadan.

Melalui teguran yang dibuat, pakar perubatan tersebut seolah-olah memberi ayat kiasan bahawa ikan-ikan juga akan mempunyai penyakit jika berada dalam air tersebut.

Biarpun sekadar ingin memberi teguran kerana bimbang dekat kesihatan masyarakat yang membelinya, kebanyakkan netizen kesal dengan metafora yang digunakan oleh Dr Rafidah.

Netizen menempelak balik teguran wanita tersebut yang mengguna kiasan ‘ikan akan potong kaki’ apabila berada dalam air balang tersebut yang dikatakan membancuh menggunakan gula dalam kuantiti banyak.

image is not available

image is not available

Biarpun ramai mengecam, ada juga beberapa netizen merasakan Dr Rafidah hanya melakukan tanggungjawabnya saja dan bersetuju dengan kiasannya kerana ia sememangnya boleh mendatangkan masalah kesihatan jika mengambil gula secara berlebihan.

image is not available 6 hari lalu

"Banyak Sangat Minyak Ni.." - Dr Rafidah Tegur Khairulaming Buat Resipi Terlampau Banyak Minyak