Rezeki Pak Guard, Tak Perlu Susah-susah Battle Dapat Makan Di Rembayung [Video]

LocalFood
29 Jan 2026 • 11:03 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sekitar awal bulan Januari lalu, usahawan dan influencer terkenal, Khairul Aming telah membuka restoran pertamanya, Rembayung yang berkonsepkan masakan-masakan Melayu.

Seperti yang dijangka, Rembayung mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada rakyat Malaysia. Namun tidak ramai yang dapat mencubanya memandangkan tempahan untuk makan di sana perlu dilakukan secara online sahaja.

Di media sosial, ramai yang berkongsi telah mencuba mendapatkan tempat untuk makan di Rembayung, namun ada yang tidak berjaya kerana jumlah trafik di laman web terlalu tinggi. Malah sehingga hari ini masih ada yang sedang mencuba nasib

Pak guard tak perlu battle dapat makan di Rembayung

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah syarikat pusat servis rasmi Perodua apabila tidak perlu bersusah payah ‘battle’ untuk membuat tempahan untuk makan di Rembayung.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Threads @ultramett, kelihatan pengawal keselamatan yang lengkap beruniform itu sedang menikmati sajian di restoran berkenaan dengan beberapa lelaki yang lain.

Difahamkan, sekumpulan lelaki terbabit yang berjaya membuat tempahan telah menjemput pengawal keselamatan terbabit untuk makan bersama mereka.

View on Threads

Rezeki terpijak, pak guard tiba-tiba diajak makan di Rembayung

Menurut pemilik akaun, sewaktu kejadian dia bersama dua lagi rakannya sedang menunggu untuk masuk ke dalam Restoran.

Pada waktu itu, dia sedang duduk di kerusi pengawal keselamatan itu sambil bertanya kepada sekuriti terbabit sama ada sudah makan atau belum.

“Saya tanya guard tu dah makan ke belum? Jom join saya makan, bagitau bos awak, cakap saya belanja.

“Kemudian kami masuk dulu sebab dia cakap nak kena tunggu tanya bos dulu, selepas 10 minit nampak macam dia cari-cari dekat luar (restoran), kami terus jemput dia ke dalam, sekian,” jelasnya.

View on Threads

Netizen beri pelbagai reaksi, siap berseloroh tanya amalan pak guard itu

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat hantaran terbabit.

Kebanyakan orang memuji tindakan murni yang dilakukan oleh lelaki terbabit dengan membelanja pengawal keselamatan itu makan di Rembayung.

Tidak kurang juga yang berseloroh menyoal tentang amalan yang dilakukan oleh sekuriti terbabit sehingga tidak perlu ‘bertarung’ seperti orang lain untuk merasai sajian di Rembayung.

image is not available
image is not available
image is not available

Baca Artikel Berkaitan: “Restoran KA Ni Tak Lari Pun” – Wanita Dikritik Selepas Persoal Slot Booking Rembayung Dibuka Untuk 7 Hari