“Aku nak menyamar jadi cleaner la” – Guard Depan Premis Bertuah Dapat Makan Di Rembayung

28 Jan 2026 • 12:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Inilah yang dikatakan rezeki terpijak, saat orang ramai ‘struggle’ untuk mendapatkan tempat untuk makan di Rembayung, pengawal keselamatan ini tidak perlu melakukan apa-apa dan dapat ajakan daripada insan yang berhati mulia untuk menikmati juadah di restoran milik Khairul Aming itu.

Video tular yang mendapat lebih 20,000 likes di Threads itu memperlihatkan sekumpulan pemuda sedang menikmati juadah bersama rakan-rakannya dan seorang pengawal keselamatan yang dipercayai bekerja di premis yang terletak di hadapan restoran Rembayung itu.

 

View on Threads

 

Ketika ditanya oleh netizen bagaimana pemuda ini boleh mengajak pengawal keselamatan bertuah itu, pemuda ini menjelaskan bahawa pada waktu itu dia sedang melepak di kerusi premis Perodua dan secara spontan mengajak pengawal keselamatan itu untuk makan bersama.

Katanya lagi, pengawal keselamtan itu perlu mendapat kebenaran daripada pengurusnya dahulu sebelum mereka dapat makan bersama.

 

View on Threads

 

Melihat video tersebut, ramai netizen yang memuji sikap mulia pemuda ini dan ada yang cemburu dengan tuah pengawal keselamatan itu.

image is not available image is not available image is not available

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.