Rezeki Selepas Bercerai, Bekas Isteri Chazynash & Haqiem Stopa Dilantik Jadi Duta Hijabistahub

EntertainmentLifestyle
16 Jan 2026 • 11:39 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas isteri kepada pempengaruh Chazynash iaitu Fatin Morat dilantik menjadi duta jenama pakaian terkenal Hijabistahub bersama bekas isteri pempengaruh Haqiem Stopa, Aireena Sofia.

Rezeki selepas bercerai

image is not available

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pengasasnya, Wanie Elena selepas memuat naik video memperkenalkan kedua-dua wanita itu sebagai muka depan yang bakal menghiasi syarikatnya untuk tahun ini.

@wanieelena

welcome @Fatinmorat to the @HIJABISTAHUB family

♬ star by colde – ash

“Selamat datang Fatin Morat dalam keluarga Hijabistahub,” tulis Wanie di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian lain, Fatin turut meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tidak diduganya itu dan menzahirkan ucapan terima kasih kerana memberi peluang kepadanya untuk mencuba sesuatu yang baharu.

image is not available

“Terima kasih Wanie Elena dan Hijabistahub beri Fatin peluang untuk mencuba,” tulis Fatin di Instagram.

Sebelum ini, Aireena Sofia atau mesra dikenali sebagai Jane menjadi perhatian publik setelah menerima tawaran bernilai RM300,000 sebagai duta kepada syarikat berkenaan.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, warganet gembira dengan pemilihan yang dibuat oleh Hijabistahub dan memuji tindakan Wanie yang cuba membantu kaum wanita untuk kembali bangkit setelah berdepan masalah rumah tangga.

Malah ada juga yang mendoakan Fatin untuk terus berjaya dan memberi sokongan penuh kepada wanita itu dalam meneruskan kehidupan yang baharu.

Cantiknya

image is not available

Sokong Fatin Morat

image is not available

Terima kasih Wani

image is not available

Faham wanita teraniaya

image is not available

Artikel lain: Pempengaruh Chazynash Selamat Bertunang, Luahan Bekas Isteri Raih Perhatian

Untuk rekod, Fatin Morat dan Chazynash sah bercerai pada 23 Januari 2025, dan mengesahkan perkara itu pada Mei 2025 bagi menghentikan spekulasi bahawa perceraian mereka tidak melibatkan orang ketiga.

Sumber: TikTok wanieelena

The post Rezeki Selepas Bercerai, Bekas Isteri Chazynash & Haqiem Stopa Dilantik Jadi Duta Hijabistahub appeared first on Borak Daily.