
Pelakon lelaki popular tanah air, Fattah Amin terus menjadi bualan dan perhatian ramai lebih-lebih lagi sejak perpisahannya bersama isteri yang juga merupakan pelakon wanita popular, Nur Fazura.
Sejak daripada itu, rezeki Juara Hero Remaja 2011/2012 ini dilihat semakin mencurah apabila dia sering muncul sebagai artis jemputan atau duta bagi jenama produk tempatan antaranya seperti Pak Mat Western dan Rissa Skin.
Fattah Amin Dilantik Jadi Ketua Eksekutif Pemasaran
Terbaharu, syarikat penjual kambing perap popular di Malaysia, Pak Mat Western melantik Fattah Amin sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran.
Pelantikan itu dimaklumkan oleh syarikat berkenaan menerusi hantaran terbaharu mereka di Instagram @pakmatwesterncafe.
“Selamat datang Abdul Fattah Mohd Amin. Tahniah Fattah Amin di atas pelantikan sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group.
“Semoga beliau mampu untuk merancang dan melaksana pembangunan usahawan Pak Mat Western serta merangka strategi jualan yang relevan melalui media massa dan media sosial.
“Saya harap Fattah mampu pikul amanah jawatan dengan penuh cemerlang. See you at work. – Pak Mat,” tulisnya di hantaran tersebut.
Pelantikan Fattah Amin Berkuat Kuasa 20 November
Memetik Malaysia Gazette, pelantikan Fattah sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran itu berkuat kuasa hari ini (20 November).
Menurut Pengarah Urusan Pak Mat Western, Nur Qaiyum Muhamad, Fattah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pembangunan serta kemajuan strategi jualan melalui platform media massa serta media sosial Pak Mat Western.
“Sebarang makluman mahu pun penambahbaikan pengurusan akan diterang jelas kepada usahawan dari masa ke semasa mengikut strategi dan pemasaran baharu.
“Saya berharap pelantikan ini dapat memberi satu pembaharuan perniagaan yang lebih efektif dan efisyen dalam pembangunan usahawan kini,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Gazette.
Ramai Teruja Dengan Pelantikan Fattah, Ada Yang Berseloroh Mahu Hantar Resume
Hantaran tersebut nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Majoriti meluahkan rasa teruja dan gembira dengan pelantikan pelakon itu sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran jenama tersebut.
Malah, tidak kurang ada yang berseloroh mahu menghantar resume untuk bekerja di syarikat itu hanya kerana Fattah Amin.
Sebelum ini, Pak Mat Western pernah menjemput Fattah sebagai artis jemputan untuk menjual produk kambing perap mereka secara dalam talian menerusi sesi siaran langsung.
Penampilan Fattah itu berjaya mencipta rekod apabila berjaya meraih 44 tanda suka (likes) dan 100,000 tontonan.
Malah, pelakon utama Playboy Itu Suami Aku juga dipuji kerana tidak mengambil wang komisien hasil siaran langsung itu, sebaliknya, dia menginfakkan kesemua wang tersebut kepada orang yang memerlukan.
Berikut antara komen pengguna Instagram:
“Pergh CMO, Bukan Biasa-Biasa, Barisan C-Suites Executive”

“Seriuslah? Alhamdulillah, Tahniah Fattah. Berganda-Ganda Allah Gantikan”

“Wah, Ada Jawatan Kosong Ke Situ? Saya Nak Jadi Cleaner”

“Fattah Amin Dapat Cuti Tahunan Berapa Hari Pak Mat?”

“Betul Ke Ni? Saya Nak Hantar Resume”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Fattah Amin Infak Semua Wang Komisen Hasil Jual Kambing Perap Kepada Yang Memerlukan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pendedahan Founder Produk Tentang Syarat Fattah Amin Jika Mahu Dilantik Jadi Duta Raih Pujian [Video]
Source:


