RHB Investment jangka tekanan margin faedah bersih dalam sektor perbankan mungkin memuncak

Business & Finance
9 Jun 2023 • 9:28 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

RHB Investment jangka tekanan margin faedah bersih dalam sektor perbankan mungkin memuncak

azan

09/06/2023 - 09:28

KUALA LUMPUR 9 Jun - RHB Investment menjangkakan tekanan terhadap margin faedah bersih (NIM) ke atas sektor perbankan mungkin memuncak namun masih berpeluang untuk pemulihan walaupun berdepan ketidaktentuan makroekonomi berterusan.

Firma itu berkata, sektor bank telah mengambil tindakan untuk menghalang NIM mereka daripada terus terkesan.

“Pertama, beberapa kewajaran rasional telah kembali dengan bank mengurangkan kadar deposit selepas suku pertama 2023.

"Kedua, memandangkan jangkaan lebih awal mengenai beberapa kenaikan kadar, bank telah membiayai pertumbuhan terlebih dahulu. Kami menjangkakan bank membenarkan deposit borong kos tinggi ini untuk melindungi NIM," katanya dalam satu nota kajian.

Firma itu berkata, sebahagian bank sedang mencari untuk memendekkan tempoh deposit, dan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) pada Mei sepatutnya memberikan kelegaan kepada tekanan NIM.

Secara keseluruhan, katanya, kebanyakan keputusan yang dicatatkan bank di bawah liputan firma itu berada dalam unjuran kecuali Bank Islam kerana NIM dan pertumbuhan pembiayaannya agak mengecewakan.

"Kami menyemak turun unjuran pendapatan sektor itu bagi 2023 dan 2024 sebanyak 1% dengan andaian NIM bersih yang lebih lemah," katanya.

Firma itu juga menjangkakan untung bersih sektor itu berkembang 12% dari tahun ke tahun selepas mengambil kira beberapa faktor, termasuk 10 mata asas (bps) pemerasan NIM, peningkatan dalam nisbah kos kepada pendapatan kepada 45% berbending 44% pada 2022 dan kos kredit yang lebih rendah sebanyak 29 mata asas dan normalisasi kadar cukai.

Walaupun keseluruhan pinjaman terjejas kasar sektor stabil pada 1.62%, dengan perlindungan kerugian pinjaman berkurangan sedikit kepada 117.5%, firma itu berkata, bank-bank kekal berwaspada terhadap pinjaman yang keluar dari program bantuan, dan berkaitan dengan sektor seperti pembinaan dan hartanah.

“Memandangkan pinjaman terus keluar daripada program bantuan pembayaran balik, bank seharusnya melihat lebih fleksibiliti untuk penggunaan tindanannya, yang termasuk penempatan semula/tambah nilai stok peruntukan. Kami menjangkakan kejelasan yang lebih baik pada suku akan datang,” katanya.

Firma itu mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor itu dengan Maybank, Hong Leong Bank dan CIMB Group Holdings menjadi pilihan utama. - DagangNews.com