RHB Pay Kini Menyokong DuitNow Pay

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2026 • 1:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RHB PAY kini menyokong DuitNow Pay yang membolehkan peniaga menerima pembayaran dalam talian serta bayaran automatik bagi langganan, yuran keahlian dan bil bulanan.

RHB Pay

Melalui perkhidmatan ini, pelanggan boleh membuat pembayaran atau memberikan kebenaran untuk bayaran automatik menerusi aplikasi perbankan dan e-dompet yang mengambil bahagian. Bagi peniaga, semua pembayaran boleh diuruskan menerusi satu platform dan disalurkan terus ke akaun RHB. Platform berkenaan turut menyediakan kemas kini transaksi masa nyata serta rekod pembayaran automatik bagi membantu perniagaan mengurus aliran pembayaran dengan lebih teratur.

Langkah ini dilihat sebagai usaha meluaskan penggunaan DuitNow Pay dalam sektor perniagaan. RHB PAY telah diperkenalkan pada Ogos lalu sebagai platform yang membolehkan peniaga menerima pembayaran kad, FPX dan DuitNow Pay melalui satu sistem yang sama. RHB turut merancang untuk meluaskan keupayaan platform tersebut dengan penambahan sokongan e-dompet, pembayaran QR, Direct Debit dan AutoDebit pada masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved