Ria Ricis Kena Ugut, Bayar RM87,000 Atau Foto & Video Aib Bersenam Di Gim Tersebar

11 Jun 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama Ria Ricis kembali menuai perhatian peminat di Indonesia apabila dia membuat laporan polis kerana didakwa berdepan ugutan dari orang yang dikenali.

Ugutan tersebut mahu dilakukan dengan tujuan membuka aib janda anak satu itu kepada umum.

Bukan ugutan biasa, Ria juga diminta membayar sejumlah RM87,000 jika tidak mahu foto-foto lamanya disebarkan oleh individu yang namanya tidak mahu didedahkan.

Selfie tanpa tudung



“Saya kenal dan kami memang punya hubungan baik dulu.

“Sebenarnya sewaktu beri keterangan kepada pihak berkuasa dan polis sempat menyebut ciri-ciri yang ada padanya, saya masih berfikiran positif.

“Saya fikir semula memang pernah beri telefon kepadanya. Ternyata telah disalah guna,” dedahnya lagi.