Riang Hujung Minggu, 3 Taman Permainan ‘Indoor’ Kanak-Kanak Yang Best Di Kuching

9 Oct 2022 • 8:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Aktivti menarik bersama anak-anak

Riang Hujung Minggu, 3 Taman Permainan ‘Indoor’ Kanak-Kanak Yang Best Di Kuching. Tak kiralah kalau hujung minggu ke, cuti sekolah ke, pasti anak-anak dah menjerit keriangan ajak ibu bapa mereka untuk pergi ke taman permainan.

Mana tidak, dah seminggu terperap dalam rumah apa kata anda eratkan bonding family dengan melakukan aktiviti menyeronokkan bersama anak-anak anda.

Di Kuching, sudah banyak tempat menarik yang ‘indoor’ sesuai untuk anak-anak kerana senang untuk diawasi. Haa, jom checkout senarai tempat permainan ‘indoor’ yang anda best di Kuching.

image is not available
Riang Hujung Minggu, 3 Taman Permainan ‘Indoor’ Kanak-Kanak Yang Best Di Kuching

Taman permainan ‘indoor’ kanak-kanak

  1. Dream Town Indoor Play Centre

Dream Town Indoor Play Centre ini menyediakan pelbagai permainan bermula dari kanak-kanak sehingga umur 12 tahun dalam persekitaran yang menyeronokkan, sihat dan selamat. Anda juga boleh menemani anak-anak sewaktu mereka meneroka taman permainan ‘indoor’ yang mempunyai bermacam jenis permainan dan aktiviti menarik untuk mereka.

Di sini, permainan yang disediakan membantu mengalakkan perkembangan motor, kemahiran sosial dan juga interaksi anak anda.

image is not available
Dream Town Indoor Play Centre. Kredit foto: FB Dream Town

Untuk hari biasa, kadar bayaran adalah sebanyak RM15/2 jam untuk ahli dan RM25/2 jam untuk bukan ahli.

Manakala untuk hujung minggu dan cuti umum pula, kadar bayaran adalah RM25/2 jam untuk ahli dan RM35/2 jam untuk bukan ahli.

Alamat: City One Megamall, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak

Masa beroperasi: Setiap hari, 10 Pagi – 9:30 Malam

2. Kidzooona Vivacity

Kidzooona ialah sebuah tempat di mana anak-anak boleh belajar dan bermain dengan semua perkara yang menyeronokkan. Di sini, konsep hands-on mereka telah diterima pakai dari Jepun untuk menyediakan pengalaman bermain sambil belajar yang unik untuk kanak-kanak.

Di sini terdapat permainan seperti meluncur, bouncer udara, kolam bola, dan bandar kertas.

image is not available
Kidzooona Vivacity. Kredit foto: Traveloka

Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM16.

Alamat: Vivacity 93350 Kuching, Sarawak

Masa beroperasi: Setiap hari, 10 Pagi – 10 Malam

3. FunFactor

FunFactor ialah sebuah taman tema aktiviti dalaman yang menyeronokkan dibina khas untuk semua lapisan umur. Di sini terlalu banyak permainan yang anak-anak kecil boleh main misalnya seperti fun castle dan fun house.

image is not available
FunFactor. Kredit foto: FB FunFactor

Untuk kadar bayaran di sini, jumlah yang dikenakan hanyalah sebanyak RM30 mengikut sesi yang disediakan.

Alamat: UNIT G-11, KOZI Square, SECTION 21 KTLD, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak

Masa beroperasi: Setiap hari, 10 Pagi – 7:30 Malam

Sememangnya aktiviti sebegini amatlah penting untuk anak-anak kecil untuk membina otot yang kuat dengan aktiviti memanjat, menggelungsur dan melompat di taman permainan dalaman ini.

Pastinya, banyak lagi tempat menarik yang anda harus kunjungi khasnya di Kuching ini.

Lagi tempat menarik yang anda harus kunjungi hujung minggu ini: