Riang raya dengan Vimto, minuman buah untuk semua generasi

LocalFood
6 Apr 2026 • 5:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DARI meja reunion Tahun Baharu Cina, beralih ke suasana berbuka puasa sepanjang Ramadan, sehinggalah kemeriahan rumah terbuka Aidilfitri, setiap fasa perayaan di Malaysia hadir dengan cara tersendiri, namun tetap berkongsi satu persamaan: momen kebersamaan. 

Dalam rentak inilah, minuman buah-buahan ikonik, Vimto, semakin sinonim dengan detik santai yang menghubungkan keluarga dan rakan. 

Memasuki tahun 2026, Vimto dilihat semakin dekat dengan gaya hidup masyarakat tempatan. Ia bukan sekadar minuman penyegar, sebaliknya menjadi pilihan fleksibel yang mudah disesuaikan daripada hidangan ringkas berbuka puasa hingga sajian untuk tetamu ketika rumah terbuka. 

Gabungan rasa blackcurrant, raspberi dan anggur memberi sentuhan segar yang berbeza, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai idea kreatif di dapur. 

image is not available

Menurut Pengarah Komersial Antarabangsa Nichols PLC, Matt Nichols, jenama itu sememangnya berakar pada tradisi yang menyatukan orang ramai. 

Malah, kajian Ipsos turut meletakkan Vimto antara jenama paling menonjol sepanjang Ramadan di Arab Saudi, satu bukti hubungan kuat antara minuman ini dengan budaya berbuka puasa. 

Di Malaysia, corak yang sama mula terbentuk. Sepanjang Ramadan lalu, jenama itu bukan sahaja dihidangkan sebagai minuman, malah turut dijadikan asas kepada mocktail buah-buahan, pencuci mulut serta resipi moden yang lebih menarik. 

Apabila menjelang Syawal, praktikal menjadi keutamaan, minuman yang mudah disediakan, boleh dikongsi dan sesuai untuk pelbagai peringkat usia menjadi pilihan utama tuan rumah. 

Menariknya, tahun ini pengguna juga berpeluang mendapatkan beg tote plushie edisi terhad melalui acara sampling terpilih di seluruh negara, yang akan diumumkan menerusi media sosial rasmi Vimto Malaysia. 

image is not available

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada Oktober 2024, Vimto terus mengukuhkan kehadirannya menerusi kerjasama dengan Universal NutriBeverage Sdn Bhd sebagai pengilang tempatan dan Socma Trading (M) Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi. 

Kini, ia boleh didapati dengan mudah di pasar raya utama seperti 99 Speedmart, AEON, Giant, Mydin, TF Value Mart, Seibu, Isetan dan HERO Market di seluruh negara.