Ribuan Kenderaan Sesak Di Plaza Tol Terbesar China

WorldTravel
9 Oct 2025 • 9:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribuan Kenderaan Sesak Di Plaza Tol Terbesar China

China dilaporkan berdepan kesesakan jalan raya yang luar biasa apabila cuti panjang Hari Kebangsaan selama lapan hari berakhir semalam.

Menurut laporan media tempatan, ribuan kenderaan dilihat beratur panjang di Plaza Tol Wuzhuang, stesen tol terbesar di China yang mempunyai 36 lorong dua hala.

Selain itu, difahamkan bahawa lebih 120,000 kenderaan dijangka melalui plaza tol tersebut dalam tempoh sehari.

Rakaman yang tular di media sosial turut menunjukkan deretan kenderaan yang sangat panjang, sejauh beberapa kilometer.

Keadaan itu berlaku ketika orang ramai pulang ke bandar masing-masing selepas menamatkan percutian sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Festival Pertengahan Musim Luruh.

@cgtneurope

China saw a massive traffic surge as the eight-day National Day holiday wraps up. Social media footage show thousands of vehicles lined up at Wuzhuang – the country’s largest toll station – as travelers head home from their holiday journeys. #ChinaTravel #NationalDayHoliday #TrafficRush

♬ original sound – CGTN Europe – CGTN Europe

Rekod baharu dalam jumlah pergerakan penumpang

Dalam tempoh separuh pertama cuti lapan hari itu, jumlah perjalanan penumpang antara wilayah di China mencatat rekod tertinggi dalam sejarah. Menurut Kementerian Pengangkutan China, kira-kira 1.24 bilion perjalanan telah direkodkan.

Pada hari Sabtu sahaja, aliran penumpang merentasi wilayah mencecah 301.29 juta perjalanan, meningkat 6.1 peratus berbanding tahun lalu.

Secara purata, lebih 310 juta perjalanan penumpang dilakukan setiap hari sepanjang tempoh tersebut.

Dalam pada itu, kementerian itu turut melaporkan peningkatan dalam semua sektor pengangkutan utama.

Perjalanan kereta api meningkat 4.5 peratus kepada 18.33 juta perjalanan, dan penumpang melalui laluan air meningkat 5.6 peratus kepada 1.91 juta. Manakala, penerbangan komersial mencatat peningkatan 4.1 peratus dengan 2.32 juta penumpang.

Sektor jalan raya kekal sebagai pilihan utama rakyat China dengan 278.73 juta perjalanan, meningkat 6.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Antara destinasi paling popular semasa cuti panjang itu ialah bandar-bandar utama seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen, selain lokasi pelancongan terkenal seperti Chengdu dan Xi’an.