Ribuan pelancong Malaysia tersekat lebih 12 jam di sempadan Bukit Kayu Hitam

LocalTravel
17 Sep 2025 • 9:18 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kegembiraan ratusan pelancong Malaysia yang pulang dari Thailand sempena cuti panjang Hari Malaysia berakhir sebaliknya apabila mereka tersekat berjam-jam dalam kesesakan luar biasa di pintu masuk sempadan Bukit Kayu Hitam.

Kesesakan yang mula tercetus sekitar jam 12 tengah hari waktu Thailand (15 Sept) itu menyaksikan ribuan kenderaan berpusu-pusu pulang melalui pintu masuk Sadao dan Bukit Kayu Hitam, menyebabkan barisan kenderaan menjangkau lebih tiga kilometer.

Menurut laporan Penang Press, lebih 500 kenderaan gagal melepasi pemeriksaan imigresen sebelum pintu sempadan ditutup pada jam 11 malam waktu Malaysia. Keadaan itu memaksa ramai pelancong berpatah balik ke Thailand selepas lebih 12 jam menunggu.

Baca juga:

Ada yang terpaksa mencari penginapan di sekitar pekan Sadao, manakala sebahagian lagi memilih untuk bermalam di dalam kereta sehingga pintu sempadan dibuka semula keesokan pagi.

Lonjakan jumlah kenderaan kali ini dipercayai berpunca daripada cuti panjang Hari Malaysia yang bertembung dengan cuti sekolah, sekali gus menjadikan Hatyai dan Dannok sebagai destinasi tumpuan ribuan rakyat Malaysia.

@lavenas_

Dannok menghala ke sempadan malaysia . Jem teruk semalam 15/09/25 pagar tutup taksempat keluar . Que siap2 malam ni ada yg sampai buka tikar makan santai2 #thailand #bukitkayuhitam #border #fyp #danokthailand

♬ HELLO THAILAND – THREE MUSKETEERS

Thailand, khususnya Hatyai, terus menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Selain makanan dan barangan yang murah, ramai turut mendakwa kos penginapan di sana jauh lebih rendah berbanding di Malaysia.