Ribuan Pengguna Facebook, Instagram, WhatsApp Di AS Alami Gangguan

Technology
26 Jan 2023 • 8:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ramai pengguna menggunakan Twitter untuk meluahkan rungutan dan kemarahan mereka atas gangguan itu. - Gambar Bernama

LOS ANGELES - Beribu-ribu pengguna media sosial Meta Platforms di Amerika Syarikat (AS) mengalami gangguan pada Rabu, menurut laporan media.

Lebih 18,000 pengguna Instagram melaporkan masalah untuk mengakses aplikasi itu dan kira-kira 13,000 masalah dilaporkan untuk aplikasi Facebook, lapor Xinhua.

Ramai pengguna menggunakan Twitter untuk meluahkan rungutan dan kemarahan mereka atas gangguan itu. 

Masih belum dapat dipastikan punca kepada gangguan berkenaan.

Terdahulu pada Rabu, Meta mengumumkan ia akan membenarkan bekas Presiden Donald Trump kembali menggunakan akaun Facebook dan Instagram dalam beberapa minggu lagi sekali gus menamatkan sekatan selama dua tahun sejak rusuhan Capitol pada 2021. - Bernama