Ribut Landa Taman Ampang Hilir, Bumbung Rumah, Gerai Tercabut

28 Aug 2023 • 7:45 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu - gambar JBPM Selangor

KUALA LUMPUR - Bumbung rumah flat dan bumbung gerai diterbangkan angin kencang dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Taman Ampang Hilir, Ampang, di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysias (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kejadian itu telah menyebabkan laluan masuk ke kawasan perumahan tersebut terhalang.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

"Bomba terima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang tadi untuk kerja mengalihkan bumbung yang menghalang laluan tersebut. Seramai lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pandan digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kerja pembersihan dijalankan bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan orang awam sehingga tiada lagi ancaman kepada penduduk," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata siasatan serta pemeriksaan diserahkan kepada pihak MPAJ dan polis untuk tindakan lanjut. - BERNAMA