Ribut Petir Dan Hujan Lebat Bakal Melanda Sabah Sarawak Hingga Petang Ini

4 Jan 2025 • 3:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laporan cuaca terkini di Sabah Sarawak

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Bakal Melanda Sabah Sarawak Hingga Petang Ini. Dilaporkan, hari ini, Sabah serta Sarawak dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang hingga pukul 6 petang. Kalau nak keluar, pastikan korang bersedia ya!

image is not available
Ribut Petir Dan Hujan Lebat Bakal Melanda Sabah Sarawak Hingga Petang Ini. Sumber gambar FB Malaysian Meteorological Department

Kawasan yang dijangka terjejas

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), berikut adalah kawasan yang dijangka terjejas di Sabah Sarawak:

  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu & Nabawan), Pantai Barat (Tuaran & Kota Belud), Tawau, Kudat (Kota Marudu & Kudat)
  • Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah, Miri (Miri & Marudi), dan Limbang

Jadi, kalau korang berada di kawasan ini, hati-hati di jalan raya dan elakkan keluar kalau tak perlu.

Jangan lupa juga elakkan kawasan rendah yang mudah banjir, dan bagi pemandu, sila lebih berhati-hati di jalan raya. Ingat, keselamatan anda adalah utama!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved