Ribut petir di Negeri Sembilan, Perak dan Johor hingga tengah hari

21 Nov 2025 • 11:46 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri termasuk Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 1 tengah hari ini.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak, Perak. Selain itu, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor termasuk Kuala Lumpur turut terlibat dalam cuaca buruk itu,” jelas kenyataan itu.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk seluruh kawasan Negeri Sembilan, manakala Alor Gajah dan Jasin di Melaka juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang tidak menentu.

Di Johor, kawasan terlibat termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi langkah keselamatan semasa tempoh cuaca buruk ini, termasuk mengelakkan aktiviti di luar rumah serta berhati-hati ketika memandu.