KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara sehingga jam 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam amaran cuaca dikeluarkan pada jam 2.05 petang memaklumkan, keadaan cuaca itu melibatkan Kedah iaitu Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan) serta seluruh Johor.
Keadaan sama turut diramal berlaku di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Mualim.
Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
MetMalaysia turut memaklumkan beberapa kawasan di Pahang seperti Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Maran dan Rompin dijangka terjejas selain Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor.
Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Lubok Antu di Sri Aman, Pakan dan Julau di Sarikei, Kanowit di Sibu, Song di Kapit serta Miri, Marudi dan Limbang.
Sementara itu di Sabah, amaran cuaca melibatkan kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan selain Pantai Barat meliputi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.
Turut terjejas ialah Tawau dan Kunak di Tawau serta Kudat. - Bernama






