Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
12 May 2026 • 2:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Johor.

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang pula melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

"Sementara itu di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

"Di Kelantan, termasuk Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang. Selain Terengganu di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

"Di Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran dan Rompin. Selangor pula seperti Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

"Beberapa lokasi di Negeri Sembilan pula adalah di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

"Bagi Sabah pula Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Kunak) dan Kudat," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.