
Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 3 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 10 malam ini.
Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu diramal berlaku di Johor iaitu di daerah Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi.
Selain itu, di negeri Sarawak pula melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song).
BACA: MetMalaysia Jangka Ribut Tropika Senyar Berlaku Di Sempadan Perak & Selangor Malam Ini
Di Sabah pula, daerah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Telupid dan Sandakan) dijangka terlibat.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 3 Negeri appeared first on Siakap Keli.



