Ribut petir diramal landa hampir semua negeri petang ini

3 Oct 2024 • 3:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 3 OKT: Ribut petir diramal berlaku di hampir semua negeri sehingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran dikeluarkan pada 1.55 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Putrajaya.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka melanda beberapa daerah di Kelantan, termasuk Kuala Krai dan Gua Musang serta di Pahang (Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).

Selain itu, ribut petir dijangka turut melanda Selangor (Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban), Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang).

Di Sabah, keadaan sama diramal berlaku di Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan).

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved