
SANDAKAN: Semua ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) diminta bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan diadakan tidak lama lagi, kata Ketua Bahagian PGRS Klias Datuk Isnin Aliasnih.
“Jangan menganggap mudah untuk menghadapi PRN kali ini. Kita memerlukan pemikiran yang cukup waras dalam menentukan siapa yang wajar memerintah Negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PGRS Klias di sini.
Mesyuarat itu dirasmikan oleh Naib Presiden PGRS merangkap Ketua Bahagian Membakut, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Sementara itu, Arifin berkata mereka wajar memerangi apa yang diutarakan pembangkang dan hendaklah lebih bijak menerangkan pencapaian Kerajaan selama ini.
“Saya amat teruja atas sokongan padu daripada perwakilan yang hadir.
Ini jelas membuktikan bahawa PGRS terus mendapat tempat di hati rakyat di seluruh Sabah.
“Hentikan perbalahan sesama sendiri. Memandangkan kita sedang menghampiri PRN, saya menyeru semua perwakilan bersiap siaga menghadapinya,” kata Arifin.
Beliau berkata, rakyat Klias juga sewajarnya bersyukur kerana daerah ini telah membangun dengan pesat hasil usaha Isnin, yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Hadir sama Ketua Bahagian PGRS Lumadan Mazlan Joehari Manan dan Timbalan Ketua PGRS Bahagian Klias Mohd Jali Nordin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
