Ribut petir diramal landa Kedah, Perak dan Selangor hingga 1 tengah hari

23 Oct 2025 • 12:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Selangor sehingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kedah manakala di Perak melibatkan Kerian; Larut, Matang dan Selama; Manjung; Bagan Datuk serta Hilir Perak.

Cuaca sama diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor.

Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku hujan lebat serta tiupan angin kuat yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan sementara di kawasan terlibat.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved