
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di 11 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan Kedah iaitu Kulim, Bandar Baharu dan Baling, manakala di Perak membabitkan Hulu Perak, Selama, Larut Matang, Kerian, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Hilir Perak.
“Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Terengganu melibatkan Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu serta Hulu Terengganu.
“Turut berada dalam kawasan amaran ialah Cameron Highlands, Raub, Bentong, Bera, Jerantut, Lipis dan Kuantan di Pahang,” menurut kenyataan itu.
Tambah MetMalaysia, bagi Selangor, cuaca buruk dijangka melanda Petaling, Gombak dan Hulu Langat, selain seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Di Negeri Sembilan, amaran melibatkan Jelebu dan Jempol, manakala di Johor membabitkan Kulai, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat.
“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Limbang serta beberapa kawasan di Miri, Sarawak termasuk Bario, Marudi, Miri dan Telang Usan,” tambah kenyataan sama.
Sementara itu di Sabah, menurut MetMalaysia, kawasan terlibat termasuk Kinabatangan di Sandakan; Lahad Datu, Tawau dan Kalabakan di Tawau serta Pensiyangan, Tambunan, Tenom, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Keningau dan Sipitang di kawasan Pedalaman.– KOSMO! ONLINE
The post Ribut petir hampir di seluruh negara petang ini appeared first on Kosmo Online.






