Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Sepang hingga 4 petang

LocalEnvironment
23 Sep 2026 • 1:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Sepang hingga 4 petang

SHAH ALAM, 23 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa negeri termasuk Sepang, Selangor sehingga jam 4 petang ini.

Amaran turut meliputi Putrajaya; Kedah membabitkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Pendang, Kuala Muda, Yan dan Baling; serta Hulu Perak di Perak.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Jerantut dan Bentong, manakala Negeri Sembilan membabitkan Port Dickson, Seremban dan Rembau.

Johor pula melibatkan Kulai, Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

Beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah turut disenaraikan dalam amaran sama.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Image from: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Sepang hingga 4 petang
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved