Ribut petir, hujan dijangka tiga hari di seluruh negara – MetMalaysia

23 Nov 2022 • 2:21 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak selama tiga hari bermula hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ribut petir dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pada sebelah malam, ribut petir dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu dan beberapa kawasan di Sarawak termasuk Sabah.

Selain itu, ribut petir turut diramalkan berlaku pada pagi esok di Pulau Pinang dan Sarawak (Sri Aman dan Sarikei) selain hujan di satu dua tempat di Perak, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Sarawak.

Pada petang Khamis, ribut petir diramal di seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kecuali di Putrajaya, Melaka dan Labuan manakala waktu malam ribut petir dijangka berlaku di Pahang, Labuan dan beberapa kawasan pedalaman di Sabah.

Daerah Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak dan Pantai Barat Sabah pula dijangka hujan malam esok.

Pada Jumaat, MetMalaysia menjangka berlakunya ribut petir pada sebelah pagi di Pulau Pinang dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat), selain hujan di Melaka, Johor, Sabah (pedalaman dan pantai barat) serta Labuan.

Pada sebelah petang Jumaat pula diramal ribut petir di seluruh negara kecuali Melaka, beberapa kawasan di Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Mukah dan Lembing) dan Labuan manakala waktu malam ribut petir dijangka berlaku di Pahang, Kelantan, Terengganu serta Sabah (pedalaman dan Tawau) dan Labuan.

Hujan juga diramal pada waktu malam di Perak, Sarawak (Kapit, Binulu, Miri, Limbang) dan Sabah (pantai barat dan Sandakan).

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan paras air di Sungai Bernam, Selangor setakat 9.45 pagi ini masih berada di tahap bahaya (2.35 meter) namun menunjukkan trend penurunan. – BERNAMA

Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038