Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa lima negeri - MetMalaysia

23 Apr 2026 • 4:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa lima negeri - MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lima negeri hingga 7 malam pada Khamis.
Image from: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa lima negeri - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lima negeri hingga 7 malam pada Khamis. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang; Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran sama dikeluarkan di Sarawak meliputi Kuching (Bau dan Lundu), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu.

Di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat. - Bernama