Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Empat Negeri Hingga Awal Pagi Ini

LocalEnvironment
23 Apr 2026 • 10:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Empat Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Empat Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda empat negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Fenomena cuaca tersebut juga diramal akan melanda kawasan Sik di Kedah, manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Johor yang melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, daerah Mukah (Dalat dan Mukah) dan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) di Sarawak antara kawasan yang terlibat dalam amaran berkenaan.

Manakala, di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau).

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Baca juga: