Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Sehingga 1 Tengah Hari

26 Mar 2023 • 11:40 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia sehingga 1 tengah hari, hari ini. - Gambar hiasan Pixabay

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia sehingga 1 tengah hari, hari ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, fenomena berkenaan diramalkan berlaku di Langkawi (Kedah) dan Limbang (Sarawak).

Menurut beliau, fenomena sama dijangka berlaku di Kuala Penyu, Kinabatangan dan Sandakan di Sabah.

“Turut diramalkan berdepan cuaca sama ialah Labuan,” katanya.

Jelas jurucakap itu lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. 

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. - Getaran, 26 Mac 2023


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved