Ribut Petir, Hujan Lebat Di 2 Negeri Hingga Awal Pagi

31 Dec 2024 • 10:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 2 Negeri Hingga Awal Pagi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal melanda dua negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi nanti.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook, seluruh kawasan WP Labuan bakal menerima hujan lebat malam ini.

Manakala di Sarawak, kebanyakan daerah dijangka bakal hujan lebat. Antara kawasan yang tersenarai ialah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Sibu (Kanowit dan Selangau). Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Manakala beberapa kawasan di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod) dijangka hujan lebat.

image is not available
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan ambil langkah berjaga-jaga sepanjang masa.

Terdahulu, Bernama melaporkan jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan semakin meningkat setakat jam 8 malam tadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (Johor), Tan Sri Dr Azmi Rohani, mangsa banjir di Johor meningkat kepada 69 orang daripada 17 keluarga. Mangsa telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gembut dan Balai Raya KAmpung Perpat di Kota Tinggi.

Di Kelantan pula, mangsa banjir di Jajahan Pasir Mas meningkat kepada 31 orang daripada sembilan keluarga. Mangsa telah ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh.

Dalam pada itu, Sekretaria Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan PPS Dewan Kampung Asli Chinggung, Daerah Muallim telah dibuka. Ia bagi menempatkan 52 mangsa daripada 11 keluarga pada 6 petang tadi.