8 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

31 Dec 2024 • 5:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

8 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi lapan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook, amaran tersebut meliputi beberapa daerah di Kedah iaitu Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, daerah Larut, Matang dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim turut menerima amaran hujan lebat.

MetMalaysia juga menyenaraikan daerah Raub dan Bentong di Pahang dalam amaran tersebut.

Keadaan di Selangor menunjukkan hujan lebat bakal melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat

Manakala di Negeri Sembilan, hujan lebat dijangka berlaku di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.

Sementara itu di selatan tanah air, daerah di negeri Johor yang tersenarai merupakan Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Beralih ke Sabah, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat dan ribut petir di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan).

Di Sarawak pula, daerah yang tersenarai meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong dan Sarikei. Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) turut tersenarai.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di kawasan hujan. Elakkan berada di kawasan berisiko.

image is not available
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Terdahulu, pihak MetMalaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca bagi setiap negeri menjelang ambang tahun baru 2025. Cuaca baik dijangka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Begitu juga dengan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Di Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan turut dijangka langit cerah. Manakala di Sabah, WP Labuan dan Sarawak dijangka alami hujan lebat dan ribut petir menjelang ambang tahun baru nanti.

image is not available
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0emhJHrEcXsyi8YnqqA682zYTdUKoLhmnnhVzFUKEqL9qFctpewnqgLj7gVzKBv6bl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)