Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini

7 Feb 2026 • 6:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini

Hujan lebat dan ribut petir diramal akan berlaku di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca itu berlaku di negeri Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Pahang pula, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut terlibat.

Ia juga membabitkan negeri Selangor iaitu di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Hujan juga dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Baca juga:

Bagi Negeri Sembilan, ia membabitkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

Manakala di Melaka pula hanya melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Selain itu, di Johor pula, daerah Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru diramal terlibat.

Beralih ke Sarawak, daerah Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) dijangka akan mengalami hujan lebat.

Begitu juga dengan daerah Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) di Sabah.

Susulan amaran cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.