Ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri Semenanjung dari 15 November

13 Nov 2026 • 9:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri Semenanjung dari 15 November
MetMalaysia meramalkan cuaca mendung pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di ketiga-tiga daerah di negeri ini pada hari pengundian PRN Melaka ke-16 Sabtu ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan negeri di Semenanjung mulai 15 hingga 17 November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata perkara itu berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku dalam tempoh berkenaan.

"Keadaan ini berpotensi membawa ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kebanyakan negeri di Semenanjung,” katanya menerusi kenyataan di Facebook MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu, Mohd Hisham berkata, orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi jabatan itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 11 malam ini.

Negeri yang terlibat ialah Johor (Kota Tinggi dan Kluang), manakala di Perak bagi kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Amaran sama turut dikeluarkan di Kedah melibatkan Padang Terap, Sik dan Baling, manakala di Terengganu bagi kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang terjejas ialah Kapit, Bintulu, Mukah (Mukah), Sibu, Sarikei, Betong (Kabong dan Saratok) serta Miri (Subis, Miri dan Beluru).- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved