Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 7 malam

LocalEnvironment
14 Jul 2026 • 4:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 7 malam

SHAH ALAM, 14 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di lapan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Amaran itu melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan terjejas ialah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak pula melibatkan Larut, Matang dan Selama serta Hulu Perak.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh negeri Kelantan, meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu, hanya daerah Besut terlibat, manakala di Pahang melibatkan Rompin.

Bagi Johor, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir ialah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Di Sarawak, amaran melibatkan Bintulu (Sebauh), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) serta Limbang.

Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Tambunan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) serta Kudat (Kota Marudu).

Menurut jabatan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/j) yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir ialah amaran cuaca jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengurangkan aktiviti luar serta mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved