Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri Petang Ini

23 Sep 2024 • 3:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini.

Antara negeri yang terlibat termasuk Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak, dan Sabah.

Selain itu, seluruh kawasan di Terengganu dan Johor turut diramal mengalami keadaan cuaca buruk yang sama.

“Bagi Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

“Di Kelantan, daerah Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang diramal hujan hingga petang ini.

“Empat daerah di Pahang juga tidak terkecuali iaitu Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin,” maklum METMalaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan seperti Miri (Subis, Beluru, Miri, dan Marudi) dan Limbang juga dijangka mengalami hujan lebat.

Di Sabah pula, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sepitang) dan Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud).

Penduduk di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga disarankan untuk mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan amaran cuaca melalui saluran rasmi METMalaysia.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini akibat cuaca buruk yang dijangka melanda kawasan-kawasan tersebut.