Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima daerah Selangor hingga 9 pagi

LocalEnvironment
10 Oct 2026 • 7:14 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima daerah Selangor hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 10 OKT: Lima daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran cuaca sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di enam negeri lain, termasuk seluruh Melaka.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Manjung dan Bagan Datuk, manakala di Pahang meliputi Jerantut, Kuantan, Pekan, Maran dan Temerloh.

Sementara itu, amaran turut membabitkan Port Dickson di Negeri Sembilan, Tangkak, Muar dan Pontian di Johor serta Kudat di Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang sedang atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir merupakan amaran cuaca jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya di kawasan terlibat dinasihatkan berwaspada terhadap perubahan cuaca dan mengelakkan aktiviti luar ketika ribut petir.

Penduduk juga disaran mengikuti perkembangan amaran cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Image from: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima daerah Selangor hingga 9 pagi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved