
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda kebanyakan negeri sehingga jam 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran cuaca itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sementara itu, beberapa kawasan di Kedah turut dijangka hujan lebat iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.
Di Pulau Pinang pula, Timor Laut dan Barat Daya turut dijangka terlibat.
Baca juga:
Malaysia Berdepan Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Luar Biasa Ke Musim Kering
Fenomena Super El Nino: MetMalaysia Jangka Suhu Lebih 40 Darjah Celsius Tahun Depan
Bagi negeri Perak, amaran membabitkan daerah Larut Matang, Kerian, Selama, Manjung, Bagan Datuk, Perak Tengah, Hilir Perak dan Hulu Perak.
Manakala di Kelantan pula melibatkan Kuala Krai dan Jeli.
Selain itu, cuaca buruk juga diramal di negeri Pahang, yang hanya melibatkan daerah Rompin dan Jerantut.
Di Selangor, daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Hulu Langat terlibat.
Johor juga turut terlibat iaitu di Kulai dan Johor Bahru.
Beralih ke Sarawak, hanya daerah Sri Aman (Lubok Antu) yang dijangka hujan lebat.
Manakala di Sabah pula membabitkan daerah Tawau (Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Sandakan, Telupid, Labuk & Sugut dan Paitan), Pantai Barat (Kota Belud dan Ranau), Kudat (Kota Marudu).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.





