Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Tujuh Negeri Sehingga 9 Malam Ini

11 Apr 2025 • 6:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Tujuh Negeri Sehingga 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Ribut petir dan hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di tujuh negeri hingga 9 malam ini, menurut Jabatan meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada 4 petang ini memaklumkan kawasan yang terlibat adalah seluruh Perlis, manakala di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

Bagi pantai timur pula, amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Terengganu, manakala di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai sementara di Pahang membabitkan Jerantut serta Kuantan.

Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat adalah pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau, Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran).

Kawasan terlibat di Sarawak adalah Sarikei, Sibu, Kapit (Song), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved