Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Petang Ini 

11 Apr 2025 • 3:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah seluruh kawasan di Perlis, Terengganu dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Sarawak serta Sabah.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kuala Muda, Sik dan Baling. Manakala Perak hanya di daerah Hulu Perak.

“Bagi Kelantan, ia melibatkan daerah Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai. Sementara di Pahang hanya di Kuantan.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan termasuklah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Miri (Telang Usan).

“Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan untuk berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02VjekB4oJgKSweavTyYFzV9xB9wLWVP7nM4yHBGQKm7qitseea4DJqyZi3g58297sl

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved