
Ribut Petir & Hujan Lebat Diramal Landa 11 Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga jam 6 petang ini.
Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Difahamkan, Perlis, Kelantan dan Melaka dijangka hujan menerima taburan hujan diseluruh negeri tersebut.
“Bagi Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Manakala di Pulau Pinang melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Perak pula di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
“Sementara itu di Terengganu, daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun dijangka alami cuaca buruk itu.
“Hanya empat daerah diramal hujan di Pahang iaitu Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera manakala Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan termasuk Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan) dan Limbang (Lawas).
“Sementara di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Ribut Petir & Hujan Lebat Diramal Landa 11 Negeri Petang Ini appeared first on Siakap Keli.

