Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 6 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan Hingga Malam Ini

29 Dec 2024 • 5:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 6 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan hingga jam 8 malam ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Perak, hanya daerah Hulu Perak diramal hujan. Manakala METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Selangor melibatkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Di Negeri Sembilan pula, amaran yang sama dikeluarkan untuk kawasan Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin.

“Manakala Johor melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sabah, antara daerah yang terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0uVPZNQ5a5etGPNXVh7paMvg7S1g3zKtgzWgrCtKgn6u3zYJufQUWV98bpGyQVRMQl