Ribut petir, hujan lebat landa lima daerah Selangor hingga 9 malam

LocalEnvironment
20 Nov 2026 • 7:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir, hujan lebat landa lima daerah Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 20 NOV: Lima daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan memaklumkan kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Bandar Baharu dan Kulim, manakala Perak meliputi Kerian, Selama, Larut Matang, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim dan Kuala Kangsar.

Amaran turut dikeluarkan bagi Gua Musang di Kelantan serta Raub, Bera, Temerloh dan Bentong di Pahang.

Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Port Dickson, Tampin, Jempol, Jelebu dan Seremban, manakala Johor meliputi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang dan Batu Pahat.

Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kapit, Limbang, Miri, Bintulu, Sibu dan Mukah turut dijangka mengalami cuaca sama.

Di Sabah, amaran melibatkan Kuala Penyu, Beaufort, Tenom, Sipitang dan Sook.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved