Ribut petir landa 11 negeri malam ini

LocalEnvironment
14 Oct 2026 • 6:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ribut petir landa 11 negeri malam ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 11 buah negeri pada malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 9 malam nanti.

“Amaran di keluarkan di negeri Perlis, Kedah (Kuala Muda, Kota Setar, Yan, Sik, Baling, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang dan Kubang Pasu) serta Perak (Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang, Kampar, Kinta, Larut Matang dan Kuala Kangsar).

“Selain itu, amaran dikeluarkan di Kelantan (Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Bachok), Terengganu (Dungun, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu) dan Pahang (Jerantut, Maran, Bera, Rompin, Temerloh dan Kuantan),” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir juga dikenakan di Negeri Sembilan (Jempol, Tampin dan Kuala Pilah) serta seluruh Melaka.

“Bagi negeri Johor, amaran dikenakan melibatkan daerah Segamat, Tangkak, Batu Pahat, Muar, Pontian, Kluang, Kulai dan Kota Tinggi.

“Di Sarawak, amaran ribut petir dikeluarkan di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Maradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Sibu (Sibu), Miri (Telang Usan, Bario dan Marudi), Limbang (Limbang),” katanya.

Katanya, amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sabah iaitu di Pantai Barat (Ranau, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Tuaran), Pedalaman (Tambunan), Kudat (Kota Marudu), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Tongod). – KOSMO! ONLINE

The post Ribut petir landa 11 negeri malam ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved